Pilih Saya Sebagai Mentor Anda... Jom, dari Puncak menuju ke ANGKASA



Friday

Betulkah GLA Shaklee Penyebab Kanser

 
Alhamdulilah selepas kecoh isu GLA menyebabkan rahim bengkak oleh seorang Cikgu (oh ya, selepas ini saya gunakan sebagai PUAN.. sebab saya pun seorang cikgu. hehe) Isu ini telah diviralkan di facebook dan pada mulanya saya tidak mahu komen atau 'memperbesar-besarkan' isu. Tapi setelah mendapat feedback daripada pihak Shaklee, saya rasa perlu kongsikan bersama di blog saya ini. (hanya sebagai maklumat tambahan.hehe)



Saya sertakan printscreen 'bual-bicara' Puan Mary di facebook tentang tuduhan terhadap GLA Shaklee atau mungkin hanya sekadar luahan perasaan?









Begitulah rentetan perbualan Puan tersebut dengan 'doktor-doktor' yang tidak bertauliah.  Tetapi kita jangan lupa bahawa Shaklee amat mementingkan keselamatan produk yang di hasilkan. Dan Shaklee amat serius terhadap sebarang pertuduhan disebabkan produk Shaklee. Untuk menjawab semula pertuduhan tersebut dan menunjukan betapa seriusnya Shaklee, inilah jawapan Shaklee US (Boleh klik gambar utk ke sumber gambar asal).



https://www.facebook.com/shakleeproductsmalaysia/photos/a.712398415462951.1073741832.329057393797057/731265726909553/?type=1
surat dr Jamie McManus

Nampak tak, 70 million dos GLA COmplex diambil sblm ni tanpa ada isu berbangkit pun. Kesan kebaikan GLA memang terbaik sebab saya rasa sendiri sudah merasa #shakleeeffect daripada produk ini. (saya akan kongsikan di entry yang lain). GLA sudah menjadi salah satau perubatan alternatif bagi wanita di luar sana samada yang mempunyai masalah kesuburan, period atau kecantikan.


Shaklee adalah syarikat yang berintegriti tinggi. Punyai puluhan saintis, semua produk melepasi ujian demi ujian, kajian demi kajian & Shaklee juga ada publication tersendiri. Shaklee bertanggungjawab atas semua produk keluarannya. Jika berlaku sesuatu yg tidak diingini, anda semua termasuk saya bolehlah terus membuat report kepada Shaklee Malaysia dan mohon bantuan mereka (bukannya dengan memviralkannya di facebook. hehehe) Buktikan dengan fakta bahawa anda mendapat penyakit memang berpunca dari produk tersebut maka anda boleh menuntut hak anda. Anda boleh menyaman syarikat yang mengeluarkan produk tersebut tetapi jika ujian terbukti bahawa penyakit anda bukan berpunca dari produk tersebut pihak syarikat juga mempunyai hak untuk menyaman anda. Ikutlah saluran yang betul.

Oh ya, menurut Doktor Malinda (dalam tulisannya, anda boleh 'google' untuk penulisan penuh beliau) sehingga kini tiada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah penyebab utama terjadinya uterine fibroid atau ovarian cyst. Jadi, kita tidak sepatutnya menunding jari mengatakan yang rahim anda bengkak berpunca dari sesuatu diet, produk mahupun apa-apa suplimen.

Doktor Malinda ada menyatakan 4 faktor utama rahim bengkak. Antaranya ialah:

1. HORMON ESTROGEN BERLEBIHAN
2. LAMBAKAN XENOESTROGEN DALAM BADAN
3. OBESITI
4. GENETIK







perkongsian facebook

 
testimoni GLA



Untuk khidmat tempahan dan konsultasi produk secara PERCUMA sila hubungi saya, 






Wednesday

REPOST Giveaway Contest September 2014

Saya budak baru belajar blog. Hehehe.. Post giveaway ni saya post sebagai  Pin post, jadi kalau remove, hilanglah kenangan ni. Giveaway ini sudahpun tamat tempoh. InsyaAllah pemenangnya kami akan umumkan JUMAAT ini. Stay tuneeeeee :-D

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah...
Alhamdulillah Give Away "Saya Nak SIHAT" sudah DILANCARKAN bermula 22 September. GA ini adalah bersempena dengan promosi FB Page Shaklee saya iaitu Bestnya Sihat dan saya juga adalah salah seorang sponsor untuk GA ini.

Saya harap sangat rakan-rakan blogger di luar sana sudi untuk menyertai GA ini kerana hadiah yang LUMAYAN sekali. Hadiah-hadiah bernilai hampir RM1000 untuk dimenangi!

Syarat-syarat penyertaan :
1. Terbuka kepada semua blogger yang beralamat di Malaysia.
2. Buat satu entry bertajuk: GIVEAWAY – SAYA NAK SIHAT. Copy banner dan letakkan di blog anda. Serta back link ke blog The Health Inspector.
3. Follow Fb page dan blog semua penaja (akan disemak nanti).
4. Tag 2 orang rakan blogger anda.
5. Komen di bawah post di The Health Inspector berserta link entry blog anda.
6. Lengkapkan Slogan “Saya nak sihat kerana____________ (tidak lebih 100 perkataan di entry anda)
6. Pemenang akan dipilih melalui random.org
7. Pemenang perlu memberi maklumbalas dalam tempoh 7 hari dari tarikh pengumuman dibuat.

Jemput Follow Blog Penaja :






Like dan Follow FB Page Penaja :

Sihat & Anggun

AdDina Shop

Bestnya Sihat

Health Beauty Care Center

Precious Insyirah

Health Thoughts


Ibu Nur Healthy Beauty


Hasanah Ahmad


Shah Reza


Hadiah-hadiah yang sedang menunggu ialah :
1. Set Kurus + Gebu
2. Set Kurus + Mantap
3. Set Kanak-Kanak Sihat Ceria
4. Set Kesuburan Basic
5. Set Migrain Basic
Jom...jommmm rugiii kalau tak join... :-)

Shaklee Labur RM 1 Juta


Pada 14 Oktober 2014,  Rabu, Shaklee Malaysia bersama kerjasama MyKasih telah melancarkan program CSR mereka pertama iaitu  Shaklee Cares for Our Children!


Objektif utama CSR ini adalah untuk membantu keluarga yang tidak berkemampuan yang berdaftar dgn MyKasih dgn sumbangan bernilai RM 1,000,000.00 (RM 1 Juta!) untuk 2000 keluarga terpilih dlm bentuk sumbangan Mealshakes selama 1 tahun!


Serta sumbangan TAMBAHAN! satu mealshakes satu keluarga untuk 5000 keluarga yang juga tidak berkemampuan berdaftar dgn MyKasih! = bermakna 5000 mealshakes lg diberikan pada mereka terlibat!

Dan ini adalah sebahagian dr 10% pembelian anda promo Mealshakes Buy 3 FREE 1 sejak Sept -> Okt 2014. Sambil menderma, sambil berkongsi manfaat!






Alhamdulillah... TAHNIAH buat anda yg SUDAH membeli Meal Shakes set promosi ~ BELI 3 tin DAPAT 4 tin. Promosi masih berlangsung sehingga hujung bulan ini.






 


 PETALING JAYA - Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee) menyalurkan bantuan berjumlah RM1juta dalam bentuk minuman nutrisi kepada 2000 keluarga yang berdaftar dengan Yayasan MyKasih.
    Ia menerusi program Shaklee Cares For Our Children yang merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

    Presiden Shaklee, Victor Lim berkata, matlamat penganjuran program bersama Yayasan MyKasih itu menekankan pentingnya pengambilan nutrisi dalam kanak-kanak tempatan untuk meningkatkan kesihatan mereka.
   
    "Kami komited membantu memberi sumbangan dan pada masa sama mempromosikan gaya hidup sihat melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam program kemasyarakatan kami.

    "Nutrisi sangat penting dalam tumbesaran dan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.

    "Oleh itu, kerjasama dengan pihak yayasan dalam memastikan kanak-kanak ini sentiasa sihat melalui program bantuan makanan ini," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran pengumuman kolaborasi dengan Yayasan MyKasih bagi penganjuran program Shaklee Cares for Our Children di sini semalam.



Nak berikan yg terbaik untuk anak anda dan menyumbang utk dana akhirat?
Hubungi saya
Wardah Rashid (Shaklee ID 858201)
melalui Whatsapp 019-2144664

Wujud ke Makanan Sunnah ni??



Produk berasaskan "makanan sunnah" seringkali disebut sebagai makanan terbaik. Ia menjadi trend terkini sehinggakan mempunyai permintaan yang tinggi khususnya dalam kalangan umat Islam. Perkara sebegini memberi suatu dimensi baharu dalam dunia pasaran makanan. Masyarakat kita dilihat mempunyai daya inisiatif untuk mencari alternatif dalam penjagaan kesihatan.






Walaubagaimana pun, apakah dengan menggunakan produk-produk sebegitu memberi impak maksima kepada kesihatan atau sekadar kelegaan atas sandaran nama Nabi Muhammad SAW?


Benar sekali makanan-makanan yang disebut dalam al-Quran dan menjadi kegemaran serta amalan Nabi mempunyai manfaat dan khasiatnya. Tumbuh-tumbuhan yang disebut dalam firmanNya tidak dapat dinafikan kelebihannya dan inilah yang seharusnya dikaji secara mendalam pada hari ini. Ia bukan bermakna meragui kebenaran yang diturunkan melalui  al-Quran atau mempertikaikan sunnah yang diamalkan, namun sebagai satu pembuktian mengukuhkannya dan masyarakat tidak disogokkan sewenang-wenangnya dengan dakwaan yang tidak berasas.



Persepsi masyarakat pada hari ini bertakuk kepada hanya "makanan sunnah" itu merupakan makanan yang terbaik tanpa ada roh sebenar sunnah yang diamalkan tersebut  sama ada dibudayakan atau tidak, khususnya adab dan etika dalam pemakanan. Lantas ada yang mudah tersinggung terus menyelar sekiranya diusulkan bahawa makanan-makanan sebegini perlu justifikasi dalam pembuktian saintifik.

Kenapa perlu kita menyempitkan pemikiran ini? Sedangkan dalam hal ehwal pemakanan khususnya, selagimana memenuhi konsep halal dan tayyib, makanan lain yang halal dan berkhasiat juga mampu meraih pahala. Adab dan etika pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW menjadi intipati penting untuk diteladani. Contohnya, ada di antara kita suka mencerca makanan sekiranya tidak menyukainya. Tetapi Baginda SAW  tidak pernah menunjukkan ketidaksukaannya. Baginda SAW selalu memerhatikan kebiasaan dan kecenderungannya. Sekiranya tidak biasa memakan suatu makanan yang tiada di negerinya, maka baginda tidak akan berselera dan menahan diri daripada memakannya dan tidak pula melarang orang lain yang menyukainya. Oleh sebab itu, tiada keselarian sekiranya kita mengamalkan makanan yang dikatakan "makanan sunnah" tersebut tetapi dalam masa yang sama tidak membudayakan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Maka, kesannya, sunnah tersebut telah salah diterjemahkan dalam amalan seharian kita dan ia mencalar integriti umat Islam itu sendiri.


Memang tepat "makanan sunnah" merupakan makanan yang baik dan hebat. Banyak kajian moden yang merungkai dan membuktikan kehebatannya. Namun, Allah juga telah mengurniakan kepelbagaian spesies hidupan lain di muka bumi ini untuk dinikmati oleh hambaNya. Apakah kita lupa bahawa terdapat tumbuhan warisan tempatan di negara kita juga  mempunyai nilai pemakanan yang tinggi? Maka, ia juga perlu dikaji agar benar-benar memberi manfaat kepada kita khususnya. Apakah tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di iklim negara kita juga mempunyai nilai pemakanan yang seumpama dengan tumbuhan yang terdapat di negara-negara Arab? Ia merupakan satu perkara yang amat menarik untuk dikaji dan diterokai. Justeru, penerokaan penyelidikan terhadap khazanah tumbuhan di negara kita perlu dirintiskan agar masyarakat menghargai apa yang terdapat di sekeliling mereka.


Satu perkara penting yang perlu diambilkira dalam konteks perbincangan ini ialah saranan Nabi Muhammad SAW dalam mengubati penyakit dengan ubat-ubatan dan makanan yang biasa digunakan. Secara semulajadinya, amalan kebiasaan atau kelaziman adalah seperti tabiat bagi seseorang manusia. Ia mempunyai kesan besar terhadap tubuh badan. Sepertimana seorang ahli perubatan Arab iaitu Harith bin Khaladah mengungkapkan, "pencegahan adalah inti pengubatan. Perut adalah sumber penyakit. Biasakanlah tubuh itu memakan sesuatu yang biasa dimakan." Maka dengan itu, adalah lebih baik sekiranya kita juga meneroka dan menghargai khasiat serta manfaat makanan dan tumbuhan yang berada di sekeliling kita sebagai sumber makanan jua ubatan.


Dalam aspek yang lain, terdapat juga inovasi dari syarikat tempatan yang cuba menduplikasikan makanan yang disebut dalam sunnah secara eksplisit seperti sup talbinah. Perkataan ‘talbin" (gulai daging) menurut al-Harawi bahawa ia seperti susu, putih dan lembut, diperbuat daripada tepung gandum dan sangat bermanfaat bagi orang yang sakit. Sepertimana yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, Ahmad dan al-Hakim  bahawa Nabi SAW bersabda, "Hendaklah kamu sekalian memakan makanan yang tidak berapa sedap tetapi bermanfaat iaitu talbin (gulai daging)". Produk tersebut amat berinovasi namun apakah ia adalah sunnah dan bertepatan dengan resepi asal talbinah sepenuhnya sepertimana yang disarankan oleh Nabi SAW?

Dilihat dalam konteks terkini berinspirasikan amalan Nabi serta prinsip kebiasaan seseorang individu barangkali aneka sup yang lembut dan sesuai dengan perut boleh diberikan kepada pesakit. Tambahan pula, ia diperbuat daripada bahan makanan yang biasa kita makan. Apa yang dirisaukan adalah sandaran sunnah itu mempunyai nilai kormesial bagi pengeluar produk tanpa mengira kesannya. Apatah lagi sekiranya duplikasi secara eksplisit itu diterapkan dalam sesuatu produk terkini dan dicampur dengan gula tambahan, krimer bukan tenusu dan malt kemudian dilabelkan sebagai sunnah.


Nabi SAW bukan setakat makan makanan yang disebut dalam al-Quran seperti madu, kurma, dan buah zaitun tetapi Nabi SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada  tepung gandum, daging dan lain-lain, tetapi mengapakah makanan-makanan sebegini pula tidak dilabel sebagai "makanan sunnah"? 



Satu persoalan yang boleh dilontarkan agar membuka minda kita. Jelas sekali bahawa persepsi makanan sunnah itu harus diperbetulkan kerana apa yang penting adalah adab dan etika pemakanan yang harus diutamakan. Bukannya mendakwa tentang khasiat sesuatu makanan sunnah tetapi tidak mengetahui sejauhmana ia memberi kesan kepada kesihatan. Bukanlah mengehadkan idea kreatif masyarakat muslim tetapi segala yang hendak disandarkan dengan Rasulullah SAW perlu ada kajian lanjut dan bukan melabelkannya sesuka hati. Apatah lagi jika didakwa dengan pelbagai manfaat penyembuhan penyakit tetapi tanpa pembuktian saintifik kemudian kesannya tidak seperti yang diuarkan.


Walaubagaimana pun, ada hikmah yang tersirat di sebalik makanan yang disebut di dalam al-Quran dan diamalkan oleh Nabi SAW. Sesetengahnya telah pun dibuktikan melalui kajian saintifik dan ada yang masih belum diterokai. Cuma perlu diselidiki dengan lebih mendalam setiap jenis makanan tersebut dan khasiatnya yang tepat kerana ia mempunyai pelbagai spesies. Walaupun daripada jenis yang sama tetapi keberkesanan dan khasiatnya berbeza.
Contohnya madu yang mempunyai pelbagai jenis bergantung kepada jenis lebah dan persekitarannya, dan sudah pastilah ia memberi fungsi yang berbeza. Justeru ia perlu dikaji secara lebih terpenci dan umat Islam tidak harus salah dalam menginterpretasikannya.


Apa yang penting, kajian pembuktian saintifik perlu dilaksanakan dalam isu makanan sunnah adalah untuk memastikan pengguna mendapat manfaat dan khasiat yang dijanjikan. Bukan kebanjiran dakwaan pengeluar/pengilang yang bersifat komersialisasi semata-mata atas sandaran sunnah Nabi SAW. Masyarakat tidak harus menyempitkan persepsi "makanan sunnah" itu dengan makanan tertentu. Selagimana ia mematuhi konsep halal dan tayyib, Islam membenarkannya. Walaupun begitu, amalan memakan makanan yang disebut dalam al-Quran tidak bercanggah dengan konsep dan amalan kesihatan semasa malah digalakkan sekiranya mendatangkan manfaat kepada individu. Namun, sekiranya berlebih-lebihan dalam apa jua makanan yang baik sekali pun, ia tetap akan mendatangkan mudarat. Sebab itu, prinsip adab dan etika pemakanan dalam Islam wajar diketengahkan dan diutamakan serta dijadikan amalan.





Sumber asal : IKIM

Tuesday

Nyah Kau Lipas dan Semut!

Cuti Hari Raya Haji yang lalu Alhamdulillah kami dapat balik beraya di kampung, Kota Bharu. Hari Raya Haji lebih seronok di Kota Bharu! Sebabnya? Adat kami daripada dulu, pagi hari raya pertama, selepas sembahyang raya di masjid, kami bergegas balik ke kampung, Banggol Stol Pasir Mas :-) Lembu yang hendak dikorbankan biasanya dikumpul dan dibela dikalangan adik beradik ayah saya. Jadi jika sesiapa ahli keluarga yang nak 1 bahagian lembu, 2 atau 3 bulan sebelumnya sudah kena beritahu, untuk masuk dalam list. Lepas lembu dilapah, kami warga ibu akan sibuk memasak. Menunya Singgang Daging, Daging Goreng, Nasi Putih, Air Asam Perut dan Budu. Simple kan? Tapi, nikmatnya tidak boleh digambarkan. hehehe. (Suami sayalah orang yang paling teruja :-p)

Laaa... entry ni bukan mahu cerita tentang raya korban. Tapi Semut dan Lipas yang berleluasa di meja makan mak saya! Dek kerana geram, saya terus buka FB dan tanya kakak-kakak otai di grup HomeDeco.
Ada seorang kakak tu cadangkan saya untuk cuba produk Cosway. Tanpa berlengah lagi saya terus ke Cosway dan beli Landshield. Balik rumah, adik saya terus sembur ditepi dinding sekeliling dapur dan dikaki meja makan.

Ajaib! Sejam lepas tu, semut yang penuh diatas meja makan ghaib! tiada yang mati walau seekor, dan tiada seekor pun yang merayap. Hairan! Tapi sangat-sangat puas hati :-)





Mandi Kolam Free

Cerita hujung minggu lepas, lepas kami pekena nasi tengahari di kedai dalam Masjid Pantai Dalam, terus datang idea untuk bawa Adeeb dan Adam mandi kolam. Oh ya, kedai dalam masjid pantai dalam tu memang best. Masakan Kelantan dan murah. Yang paling kami suka daging singgangnya yang memang terangkat. 

Maka   selepas mengisi perut dan selesaikan benda wajib, Zohor,  kami pun bertolak ke Putrajaya. Sampai Putrajaya jam dah pun 2:10 petang. Jadi memandangkan semua kolam renang awam di kompleks kejiranan di putrajaya ni tutup jam 3 petang, maka kami pun pergi Presint 9, dimana kolamnya open public, tiada limit masa dan kolamnya cuma tepi jalan :-) (Untuk anak-anak je la. Hehe mak ayah tak sesuai ye)

 


 

Oh ya. Saya kongsikan sedikit info ye tentang Kolam Renang Awam yang ada di sekitar Putrajaya ni ye. Semoga bermanfaat.

Ada 4 kolam renang awam disini iaitu Presint 6, Presint 9, Presint 11 dan Presint 16. Bagi kolam renang di Presint 6 dan 11, terdapat bayaran yang dikenakan iaitu:

Dewasa : RM2.00/2 jam
Kanak-kanak : RM1.00/2 jam

Jadual operasi kolam renang di Kompleks Kejiranan Presint 6, 9, 11 dan 16 adalah seperti berikut :

Sesi 1 : 9.00 pagi – 11 pagi
Sesi 2 : 1.00 petang – 3.00 petang
Sesi 3 : 5.00 petang – 7.00 petang
Sesi 4 : 8.00 malam – 10.00 malam





Kolam Renang Awam Presint  6
Kolam Renang Awam Presint  6




Kolam Renang Awam Presint  11

Kolam Renang Awam Presint  11




























Kolam Renang Awam Presint  11


Kolam Renang Awam Presint  16




PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN KOLAM RENANG AWAM PUTRAJAYA
1. Masa penggunaan kolam renang ini adalah secara berasingan mengikut jantina sepertimana yang diperincikan dalam jadual di para 2.3 di atas. Mereka yang tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk ke kolam renang kecuali penyelamat atau kakitangan bertugas.

2. Pengguna tidak dibenarkan masuk tanpa memakai ”Wrist band”.

3. Pengguna hendaklah menggunakan pakaian mandi yang dibenarkan apabila memasuki kolam renang. Bagi kolam kanak-kanak, pengiring boleh masuk dengan pakaian biasa.

4. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun hendaklah ditemani setiap masa.

5. Pengguna hendaklah bersihkan diri di air pancuran yang disediakan terlebih dahulu sebelum memasuki kolam.

6. Pengguna yang mengidap penyakit kulit, penyakit berjangkit atau mabuk tidak dibenarkan memasuki kawasan kolam.

7. Pengguna adalah dilarang berkelakuan tidak senonoh atau sebarang tindakan kacau ganggu pengguna lain.

8. Pengguna adalah dilarang membawa masuk sebarang jenis minuman dan makanan ke dalam kolam renang. Begitu juga merokok, makan dan minum adalah dilarang semasa berada dalam kolam renang.

9. Pengguna dilarang membawa masuk sabun, syampu atau benda lain yang tidak berkaitan di kawasan kolam.

10. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar kolam. Dilarang membuang apa-apa benda termasuk cairan ke dalam kolam.

11. Pengguna dilarang membawa masuk sebarang jenis binatang ke kawasan kolam.

12. Pengguna dilarang mengguna atau mengalih peralatan menyelamat kecuali dengan kebenaran atau semasa kecemasan.

13. Pengguna digalakkan memakai ”goggles” semasa mandi.

14. Pengguna tidak digalakkan mandi semasa hujan lebat, guruh atau petir.

15. Pengguna yang tidak/kurang pandai berenang dinasihatkan tidak berenang berseorangan.

16. Pengguna hendaklah sentiasa mematuhi dan mengikuti semua arahan yang dikeluarkan oleh petugas atau penyelamat.

17. Perbadanan Putrajaya berhak menegur atau menasihati mana-mana pengguna yang melanggar peraturan yang ditetapkan dan mengarahkan pengguna yang tidak mematuhi peraturan supaya meninggalkan kawasan kolam renang serta merta.

18. Perbadanan Putrajaya berhak membatal, meminda atau menambah mana-mana peraturan penggunaan kawasan kolam renang dari masa ke semasa.

19. Perbadanan Putrajaya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kecederaan, kemalangan atau kematian pengguna sebelum, semasa dan selepas menggunakan kolam renang ini.

20. Tempahan berkumpulan pula tertakluk kepada peraturan tambahan seperti berikut:

a. Kelulusan tempahan bergantung kepada pembayaran penuh sebelum guna dan pematuhan syarat penggunaan seperti di atas.

b. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh guna secara bertulis atau dengan menggunakan borang yang disediakan.

c. Tempahan dari agensi kerajaan boleh dibuat dengan menggunakan surat rasmi atau pesanan tempatan masing-masing.

d. Pembayaran bagi tempahan berkumpulan boleh dibuat di kaunter atau mana-mana tempat / kaedah bayaran yang diluluskan oleh Perbadanan Putrajaya. Resit Bayaran hendaklah ditunjukan sebagai bukti bayaran semasa hendak memasuki kawasan kolam renang.

e. Sebarang perubahan masa atau tarikh penggunaan hendaklah dibuat tidak kurang dari 3 hari sebelum tarikh guna asal.

f. Pembatalan disaat akhir tidak digalakkan.


Wednesday

Kehebatan Basih H Menghilangkan Pen

Rumah yang punya anak-anak kecil memang tak sah kan kalau tiada 'hasil seni' depa. hihi. Dulu masa zaman saya sekolah, tiada cara lain nak hilangkannya melainkan CAT baru. hihihi. kasihan mak ayah kita. :-( Tapi sekarang bila dah jadi mak, saya pun tak dapat lari dari masalah yang sama. Punya anak dan anak-anak buah yang kretif ;-) Tapi saya tak risau nak cat-cat rumah, BASIH H SHAKLEE kan addoooo :-) memang saya kasi 5 bintang! Bukan setakat boleh basuh botol anak-anak, boleh hilangkan contengan juga?! memang 1001 kegunaan! ajaib!                  hilangkan conteng dinding

Mesin Jahit Murah Untuk Beginner

Tadaaa !! Inilah mesin jahit yang berjaya saya beli. Saya beli online kat Lazada je :-) Plan asal nak beli mesin jahit jenama Global 505 tapi puas kutunggu-tunggu tapi asyik takde stok. Kenapa Lazada? Sebab murah dan boleh COD. Ta-q-bin ketuk pintu rumah serahkan barang, dan kita bayar harganya. Cuma RM 135! Iyye...mesin Omi Purple ni cuma RM 135! Murah kan? Seronok!


Harap maklum, mesin jahit ni sesuai untuk kegunaan biasa-biasa je, amat berbaloi dengan harganya. Jom saya ceritakan kenapa saya pilih mesin ni sebelum dapatkan mesin idaman (seharusnya Brother NV950E).
Saya pun masih sangat-sangat beginner, nak jahit jelujur, sembat pun belum pandai. hehehe. Tapi aci kan, beli mesinnya dulu :-D



boleh guna 4 biji bateri AA
1. Mesin jahit yang sangat comel, berpatutan dengan harga dan fungsi kegunaannya. Beratnya? Boleh angkat kotaknya dengan sebelah tangan je. hehe.

2. Kalau tak baca buku manual pun, boleh faham sebab kat
badan mesin tu ada tulis step untuk masukkan benang
dari mana ke mana.

3. Buku manual juga mudah difahami, berbahasa Inggeris dan bergambar.

4. Mesin jahit ni senang dikendalikan. Masa mula-mula buka kotak, benang, bobbin , jarum dah sedia terpasang. Saya suka! Memang Lazada memahami betapa excited pembelinya. hehe.

 

 5. Mesin jahit ni ada pedal kaki, tapi jangan terkejut ye, ada fungsi automatik jahit sendiri. Siap ada speed, low atau high. kalau nak guna pedal, cuma biarkan buttonnya di Off.

6. Warranty setahun. Simpan je invoice yang Lazada sertakan dalam parcel. Nanti senang nak berurusan.

7. Ada fungsi reverse. Hehe suka!

8. Ada fungsi gulungkan benang untuk bobbin. Sungguh saya teruja sebab untuk function ni sahaja, jenama brother yang paling murah RM700 lebih.

9. Siap ada pemegang. Mobile sangat!


ada lampu kecil dan laci kecil juga
 

10. Ada lampu kecil! boleh jahit baju tanpa pakai spek mata :-D

11. Siap ada storage box untuk simpan bobbin@jarum@ mungkin gula-gula untuk hilangkan mengantuk? hehe

12. Ada cutter kecil untuk potong benang. Sangat style!

13. Mesin Jahit ni ada 8 jenis jahitan. Rujuk gambar tepi tu untuk lihat jenis-jenisnya. Tapi, mesin ni takde jahit tepi ya :-) Jahitan pula okaylah, kemas





fateh yang sama teruja

14.  Kalau blackout, jangan risau, mesin ni boleh guna bateri. Cute! 4 biji bateri AA




Wahhh... sampai 14 sebab saya boleh senaraikan. Betul-betul teruja ni. Tapi apapun, saya ada misi untuk siapkan 5 pasang baju untuk kenduri kahwin adik-adik iparku Disember ni. Chaiyokkkkk. Doakan saya berjaya tau :-D


Sebelum tu, kena habiskan dulu belajar menjahit. Hehe. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...