Pilih Saya Sebagai Mentor Anda... Jom, dari Puncak menuju ke ANGKASA



Siapa Saya

Saya adalah isteri kepada seorang suami dan ibu kepada dua orang anak. Seorang cikgu sekolah yang masih dalam cuti bersalin ;-)  Telah mengamalkan Shaklee sejak akhir 2010. Produk Shaklee pertama yang saya kenali ialah Set Berpantang dan Menyusu. Alhamdulillah, kerana yakin dengan Shaklee, 'memaksa' saya untuk sama-sama berkongsi tentang kebaikannya. Bersama Shaklee juga saya berpeluang menambahkan serba sedikit ilmu pengetahuan tentang dunia nutrisi dan juga kesihatan. Peluang untuk belajar ada dimana-mana sahaja sekiranya kita memilih untuk menjadi seorang distributor yang hebat.




EMD Empire lahir daripada bisnes online pertama saya iaitu E Mums Dad yang bermula daripada tahun 2010. E Mums Dad adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan bisnes breastpump, education toys, dan barangan kanak-kanak. Sehingga hari ini, keluarga EMD Empire kami hampir mencecah 100 orang.


Mendaftar sebagai ahli Shaklee pada awalnya hanya untuk mendapatkan produk dengan harga ahli dan untuk diri sendiri. Tetapi apabila beberapa bulan serius dengan Shaklee, saya mendapat income yang agak stabil dan maintain 4 angka, saya mengambil keputusan untuk meneruskannya, dengan SERIUS :-D


Semuanya online, dan sememangnya terbukti fleksibel. Bermula daripada berkongsi kebaikan produk, jual beli dengan pelanggan, restock produk, after sales consultation sehinggalah  coaching dengan 'anak-anak shaklee'. Boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana-mana sahaja, dengan syarat ada telefon dan internet :-)

Dengan kunci percaya, yakin, usaha, impian, doa dan tawakal, menjana pendapatan 3-4-5 angka bukanlah suatu cerita dongeng!

Sekiranya anda berminat untuk tahu tentang produk Shaklee dan ingin memesan apa-apa suplemen Shaklee, tidak perlu segan silu kerana saya akan membantu anda sebaik mungkin dan anda layak mendapat konsultasi PERCUMA daripada saya berterusan sekiranya anda membeli barangan dengan saya.

Saya ialah pengedar sah Shaklee di kawasan Gombak dan Batu Caves. Juga membuat penghantaran melalui khidmat pos ke seluruh negara.


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma ,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...