Pilih Saya Sebagai Mentor Anda... Jom, dari Puncak menuju ke ANGKASA



Monday

Cara Selamat Atasi Selsema dan Batuk Anak Bawah 2 Tahun

Mesti runsing, risau, kasihan melihat si manja yang belum pun berusia setahun atau belum habis tempoh pantang sudah terkena selsema bayi.

Saya akan kongsikan dengan anda semua petua selsema bayi ini agar sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan selsema bayi anda.
Sebenarnya, bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema, batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.




Bayi selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli difarmasi kerana mengandungi antihisamine (kesan mengantuk)


Apabila bayi selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut. Kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia.

Walaubagaimanapun ada beberapa petua yang boleh diambil untuk mengurangkan selsema dan batuk bayi.




Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun 


1. Berikan satu sudu madu dan air suam kepada bayi berusia 2 tahun dan ke atas. (Bagi anak yang berusia 1-2 tahun, berikan mereka madu dengan sukatan yang sedikit)
~ Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak





2. Campurkan sedikit Vikcs Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vikcs Baby Balsam boleh diserap ke dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru -paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi.
~ Vikcs Baby Balsam berpenutup berwarna pink botol berwarna biru - diperbuat dari tumbuh- tumbuhan sahaja






3. Buang kahak dalam paru-paru. Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam selepas bayi menyusu sahaja. Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam.
~ Kahaknya akan keluar melalui najis.




4. Ibu yang menyusukan bayi selsema boleh mengambil supplement tambahan yang dapat membantu meningkatkan antibodi bayi seperti, Nutriferon Shaklee, Vita-C, Vita-Lea dan Omega Guard



5. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. Lakukan sekerap mungkin

6. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas- ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.

7. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema

8. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak suka guna daun kaduk


9. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi


10. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema


11. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.

12. Jika bayi demam, Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi, celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut.




13. Sentiasa pantau suhu bayi dengan menggunakan termometer.











No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...