Tanda-tanda Demam Panas :
1. Suhu badan 37°C dan ke atas.
2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.
3.
Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas.
(kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)
4. Kalau anak kecil, merengek je... sebab badan tak selesa...
Apa perlu buat kalau anak demam panas?
1.
Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana
menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat...
kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita
sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah.
2.
Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah.
Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru
badan dan diikuti dengan kepala.
3. Kalau suhu badan
anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk
buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke
klinik, biar doktor buatkan...
4. Kalau anak demam
panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan
ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa
anak ke klinik.
Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah?
1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.
2.
Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur
dan buih tu... Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab
boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.
3. Jangan biar anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...
4.
Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar
dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah
sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat
rumah).
5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak
dah sedar tu.. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan
selanjutnya.
**Ingat, waktu anak kejang tu...
seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus
baringkan mengiring. Pastu cepat2 sedarkan dia dengan cara mandikan
dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke
klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dari
menerima oksigen. Sebab tu even kita dah bagi rawatan di rumah, masih
kena bawa ke klinik/ hospital utk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tak
dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan
atau terencat
.
Sebab tu bahaya sangat2 kalau anak dah kena kejang nih.....
Sawan
ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yg pernah kena masa demam
panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.
By: Fiza Faisal Farisha
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini :-)