Pilih Saya Sebagai Mentor Anda... Jom, dari Puncak menuju ke ANGKASA



Wednesday

Mesin Jahit Murah Untuk Beginner

Tadaaa !! Inilah mesin jahit yang berjaya saya beli. Saya beli online kat Lazada je :-) Plan asal nak beli mesin jahit jenama Global 505 tapi puas kutunggu-tunggu tapi asyik takde stok. Kenapa Lazada? Sebab murah dan boleh COD. Ta-q-bin ketuk pintu rumah serahkan barang, dan kita bayar harganya. Cuma RM 135! Iyye...mesin Omi Purple ni cuma RM 135! Murah kan? Seronok!


Harap maklum, mesin jahit ni sesuai untuk kegunaan biasa-biasa je, amat berbaloi dengan harganya. Jom saya ceritakan kenapa saya pilih mesin ni sebelum dapatkan mesin idaman (seharusnya Brother NV950E).
Saya pun masih sangat-sangat beginner, nak jahit jelujur, sembat pun belum pandai. hehehe. Tapi aci kan, beli mesinnya dulu :-D



boleh guna 4 biji bateri AA
1. Mesin jahit yang sangat comel, berpatutan dengan harga dan fungsi kegunaannya. Beratnya? Boleh angkat kotaknya dengan sebelah tangan je. hehe.

2. Kalau tak baca buku manual pun, boleh faham sebab kat
badan mesin tu ada tulis step untuk masukkan benang
dari mana ke mana.

3. Buku manual juga mudah difahami, berbahasa Inggeris dan bergambar.

4. Mesin jahit ni senang dikendalikan. Masa mula-mula buka kotak, benang, bobbin , jarum dah sedia terpasang. Saya suka! Memang Lazada memahami betapa excited pembelinya. hehe.

 

 5. Mesin jahit ni ada pedal kaki, tapi jangan terkejut ye, ada fungsi automatik jahit sendiri. Siap ada speed, low atau high. kalau nak guna pedal, cuma biarkan buttonnya di Off.

6. Warranty setahun. Simpan je invoice yang Lazada sertakan dalam parcel. Nanti senang nak berurusan.

7. Ada fungsi reverse. Hehe suka!

8. Ada fungsi gulungkan benang untuk bobbin. Sungguh saya teruja sebab untuk function ni sahaja, jenama brother yang paling murah RM700 lebih.

9. Siap ada pemegang. Mobile sangat!


ada lampu kecil dan laci kecil juga
 

10. Ada lampu kecil! boleh jahit baju tanpa pakai spek mata :-D

11. Siap ada storage box untuk simpan bobbin@jarum@ mungkin gula-gula untuk hilangkan mengantuk? hehe

12. Ada cutter kecil untuk potong benang. Sangat style!

13. Mesin Jahit ni ada 8 jenis jahitan. Rujuk gambar tepi tu untuk lihat jenis-jenisnya. Tapi, mesin ni takde jahit tepi ya :-) Jahitan pula okaylah, kemas





fateh yang sama teruja

14.  Kalau blackout, jangan risau, mesin ni boleh guna bateri. Cute! 4 biji bateri AA




Wahhh... sampai 14 sebab saya boleh senaraikan. Betul-betul teruja ni. Tapi apapun, saya ada misi untuk siapkan 5 pasang baju untuk kenduri kahwin adik-adik iparku Disember ni. Chaiyokkkkk. Doakan saya berjaya tau :-D


Sebelum tu, kena habiskan dulu belajar menjahit. Hehe. 


4 comments:

  1. wahh.. teman pun teringin bila tengok mesin jahit ni.. masyaAllah.. awak buat teman excited dah ni.. murah lak tu.. harga mampu beli tu.. ketahanan dia camne lak? aduh.. dah terpengaruh ni.. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila...sila terpengaruh. hehehe
      sgt berbaloi2 i ckp uuuu :D
      tp kalau terer jahit, better angkat yg industri tu terus kot, lagi pueh hati (katanya org nogori)

      Delete
  2. Haii.. Cakkk..
    teman follow sini yea, follower no.34
    jemput follow me back yea..
    leh kita saling kunjung-mengunjung nanti.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    kalau minat kucen boleh gak follow blog
    kedua teman ni yea..

    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kome.
      teman follow kome pula tau :D

      Delete

Tinggalkan komen anda disini :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...