Pilih Saya Sebagai Mentor Anda... Jom, dari Puncak menuju ke ANGKASA



Friday

Cara Menangani Demam Panas dan Sawan


Tanda-tanda Demam Panas :
 
1. Suhu badan 37°C dan ke atas. 
2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan. 
3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..) 
4. Kalau anak kecil, merengek je... sebab badan tak selesa...


Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat... kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah. 
2. Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala. 
3. Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan... 
4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.




Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.
2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik. 
3. Jangan biar anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia... 
4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah). 
5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dah sedar tu.. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya. 
**Ingat, waktu anak kejang tu... seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cepat2 sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab tu even kita dah bagi rawatan di rumah, masih kena bawa ke klinik/ hospital utk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat
.
Sebab tu bahaya sangat2 kalau anak dah kena kejang nih..... 
Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yg pernah kena masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.

By: Fiza Faisal Farisha


Nafkah Bukan Hak Suami Tapi Hak Orang Yang Dinafkahkan



Assalamualaikum buat rakan-rakan pembaca semua :-) Alhamdulillah malam ni saya sempat mendengar ceramah UAI, DR MAZA DAN UKE tentang nafkah. Saya kongsikan sikit ye isi-isi penting untuk kita ambil perhatian sebagai suami dan isteri.


 "Nafkah bukan hak suami tapi hak orang yang dinafkahkan"
"Bila kita kawin, maka wajib suami beri nafkah... "
"Makan minum, tempat tinggal, ubat, alat mandian alat solek pakaian semua tu wajib dikeluarkan dari poket suami."
http://m.youtube.com/watch?v=6I5xYusF29g
-Ustaz Azhar Idrus-


 "Satu suap isteri makan, satu pahala"
"Jangan kedekut dengan isteri.- Balik masjid petang-petang, belanja kawan-kawan makan mee udang. Tapi tak bawa balik kepada isteri,tuan-tuan bukan suami yang baik"
"Mana-mana suami yang genggam tangan isteri dengan penuh kasih sayang, gugur dosa-dosa kecil melalui celah-celah jari."
http://m.youtube.com/watch?v=MgAO8KJyIwM
-Ustaz Kazim Elias-








"Suami kena minta halal daripada isteri sekiranya si suami tak bagi makan pakai yang cukup pada isteri."
"Cukup seorang itu berdosa apabila dia mensia-siakan orang yg menjadi tanggungjawab utk dia beri makan iaitu isteri dan anaknya.
"Suami kena check kalau suatu hari dia tak beli makan minum rumahnya yang isteri terpaksa belanja, sebenarnya dia kena bayar balik kerana tanggungjawab itu ialah suami."
http://m.youtube.com/watch?v=vmaR5kuxqFg -Dr Maza-






Itulah sahaja untuk post kali ni ye. Perkongsian untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan pembaca. Mungkin mulai sekarang kita boleh berubah sedikit demi sedikit. Insyaallah nanti saya kongsikan tanggungjawab isteri pula :-)

Tuesday

Allah dalam Hati Anak Kita

Assalamualaikum & Bismillahirrahmanirrahim...

Malam ni saya ingin kongsikan sedikit nasihat yang cukul bermakna dari Ustazah Yasmin Mogahed tentang pendidikan anak-anak.

Dalam mendidik anak-anak sedari kecil, sebagai ibubapa, tanamkan DUA perkara dalam diri mereka :

1) Sentiasa 'relate' atau kaitkan setiap perkara yang indah, yang anak suka dengan ALLAH, dengan kata lain instill the love to ALLAH in our child's heart. Kalau anak makan aiskrim kesukaannya, beritahu anak, "aiskrim sedap ni ALLAH yang beri". "Baju cantik ni ibu belikan tapi ALLAH yang beri". "Bulan cantik, ALLAH yang jadikan".

2) Tanamkan dalam diri anak tentang keindahan Syurga dan usaha untuk ke arahnya. Contohnya bila sedang makan, anak kata makanan ni sedap, beritahu pada anak, "kalau di Syurga jauh lebih sedap. Walaupun rumah kita tak besar, in syaa Allah nanti di Jannah ALLAH beri kita istana kalau kita ikut perintahNYA". (contoh dialog dengan anak).

Nice and sweet kan.

*Alhamdulillah thank you Allah 😊😊

Apa Kaitannya Warna Urin dan Vitamin Shaklee?

Ramai yang mengadu bahwa warna urine berubah apabila mengambil vitamin Shaklee, terutama yang mengandungi B-Complex.

“Urin saya warna kuning macam B-Complex”

Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

credit : mommly lyna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...