Pilih Saya Sebagai Mentor Anda... Jom, dari Puncak menuju ke ANGKASA



Friday

Nafkah Bukan Hak Suami Tapi Hak Orang Yang Dinafkahkan



Assalamualaikum buat rakan-rakan pembaca semua :-) Alhamdulillah malam ni saya sempat mendengar ceramah UAI, DR MAZA DAN UKE tentang nafkah. Saya kongsikan sikit ye isi-isi penting untuk kita ambil perhatian sebagai suami dan isteri.


 "Nafkah bukan hak suami tapi hak orang yang dinafkahkan"
"Bila kita kawin, maka wajib suami beri nafkah... "
"Makan minum, tempat tinggal, ubat, alat mandian alat solek pakaian semua tu wajib dikeluarkan dari poket suami."
http://m.youtube.com/watch?v=6I5xYusF29g
-Ustaz Azhar Idrus-


 "Satu suap isteri makan, satu pahala"
"Jangan kedekut dengan isteri.- Balik masjid petang-petang, belanja kawan-kawan makan mee udang. Tapi tak bawa balik kepada isteri,tuan-tuan bukan suami yang baik"
"Mana-mana suami yang genggam tangan isteri dengan penuh kasih sayang, gugur dosa-dosa kecil melalui celah-celah jari."
http://m.youtube.com/watch?v=MgAO8KJyIwM
-Ustaz Kazim Elias-








"Suami kena minta halal daripada isteri sekiranya si suami tak bagi makan pakai yang cukup pada isteri."
"Cukup seorang itu berdosa apabila dia mensia-siakan orang yg menjadi tanggungjawab utk dia beri makan iaitu isteri dan anaknya.
"Suami kena check kalau suatu hari dia tak beli makan minum rumahnya yang isteri terpaksa belanja, sebenarnya dia kena bayar balik kerana tanggungjawab itu ialah suami."
http://m.youtube.com/watch?v=vmaR5kuxqFg -Dr Maza-






Itulah sahaja untuk post kali ni ye. Perkongsian untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan pembaca. Mungkin mulai sekarang kita boleh berubah sedikit demi sedikit. Insyaallah nanti saya kongsikan tanggungjawab isteri pula :-)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...