Pilih Saya Sebagai Mentor Anda... Jom, dari Puncak menuju ke ANGKASA



Tuesday

Nyah Kau Lipas dan Semut!

Cuti Hari Raya Haji yang lalu Alhamdulillah kami dapat balik beraya di kampung, Kota Bharu. Hari Raya Haji lebih seronok di Kota Bharu! Sebabnya? Adat kami daripada dulu, pagi hari raya pertama, selepas sembahyang raya di masjid, kami bergegas balik ke kampung, Banggol Stol Pasir Mas :-) Lembu yang hendak dikorbankan biasanya dikumpul dan dibela dikalangan adik beradik ayah saya. Jadi jika sesiapa ahli keluarga yang nak 1 bahagian lembu, 2 atau 3 bulan sebelumnya sudah kena beritahu, untuk masuk dalam list. Lepas lembu dilapah, kami warga ibu akan sibuk memasak. Menunya Singgang Daging, Daging Goreng, Nasi Putih, Air Asam Perut dan Budu. Simple kan? Tapi, nikmatnya tidak boleh digambarkan. hehehe. (Suami sayalah orang yang paling teruja :-p)

Laaa... entry ni bukan mahu cerita tentang raya korban. Tapi Semut dan Lipas yang berleluasa di meja makan mak saya! Dek kerana geram, saya terus buka FB dan tanya kakak-kakak otai di grup HomeDeco.
Ada seorang kakak tu cadangkan saya untuk cuba produk Cosway. Tanpa berlengah lagi saya terus ke Cosway dan beli Landshield. Balik rumah, adik saya terus sembur ditepi dinding sekeliling dapur dan dikaki meja makan.

Ajaib! Sejam lepas tu, semut yang penuh diatas meja makan ghaib! tiada yang mati walau seekor, dan tiada seekor pun yang merayap. Hairan! Tapi sangat-sangat puas hati :-)





No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...