Pilih Saya Sebagai Mentor Anda... Jom, dari Puncak menuju ke ANGKASA



Tuesday

Mandi Kolam Free

Cerita hujung minggu lepas, lepas kami pekena nasi tengahari di kedai dalam Masjid Pantai Dalam, terus datang idea untuk bawa Adeeb dan Adam mandi kolam. Oh ya, kedai dalam masjid pantai dalam tu memang best. Masakan Kelantan dan murah. Yang paling kami suka daging singgangnya yang memang terangkat. 

Maka   selepas mengisi perut dan selesaikan benda wajib, Zohor,  kami pun bertolak ke Putrajaya. Sampai Putrajaya jam dah pun 2:10 petang. Jadi memandangkan semua kolam renang awam di kompleks kejiranan di putrajaya ni tutup jam 3 petang, maka kami pun pergi Presint 9, dimana kolamnya open public, tiada limit masa dan kolamnya cuma tepi jalan :-) (Untuk anak-anak je la. Hehe mak ayah tak sesuai ye)

 


 

Oh ya. Saya kongsikan sedikit info ye tentang Kolam Renang Awam yang ada di sekitar Putrajaya ni ye. Semoga bermanfaat.

Ada 4 kolam renang awam disini iaitu Presint 6, Presint 9, Presint 11 dan Presint 16. Bagi kolam renang di Presint 6 dan 11, terdapat bayaran yang dikenakan iaitu:

Dewasa : RM2.00/2 jam
Kanak-kanak : RM1.00/2 jam

Jadual operasi kolam renang di Kompleks Kejiranan Presint 6, 9, 11 dan 16 adalah seperti berikut :

Sesi 1 : 9.00 pagi – 11 pagi
Sesi 2 : 1.00 petang – 3.00 petang
Sesi 3 : 5.00 petang – 7.00 petang
Sesi 4 : 8.00 malam – 10.00 malam





Kolam Renang Awam Presint  6
Kolam Renang Awam Presint  6




Kolam Renang Awam Presint  11

Kolam Renang Awam Presint  11




























Kolam Renang Awam Presint  11


Kolam Renang Awam Presint  16




PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN KOLAM RENANG AWAM PUTRAJAYA
1. Masa penggunaan kolam renang ini adalah secara berasingan mengikut jantina sepertimana yang diperincikan dalam jadual di para 2.3 di atas. Mereka yang tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk ke kolam renang kecuali penyelamat atau kakitangan bertugas.

2. Pengguna tidak dibenarkan masuk tanpa memakai ”Wrist band”.

3. Pengguna hendaklah menggunakan pakaian mandi yang dibenarkan apabila memasuki kolam renang. Bagi kolam kanak-kanak, pengiring boleh masuk dengan pakaian biasa.

4. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun hendaklah ditemani setiap masa.

5. Pengguna hendaklah bersihkan diri di air pancuran yang disediakan terlebih dahulu sebelum memasuki kolam.

6. Pengguna yang mengidap penyakit kulit, penyakit berjangkit atau mabuk tidak dibenarkan memasuki kawasan kolam.

7. Pengguna adalah dilarang berkelakuan tidak senonoh atau sebarang tindakan kacau ganggu pengguna lain.

8. Pengguna adalah dilarang membawa masuk sebarang jenis minuman dan makanan ke dalam kolam renang. Begitu juga merokok, makan dan minum adalah dilarang semasa berada dalam kolam renang.

9. Pengguna dilarang membawa masuk sabun, syampu atau benda lain yang tidak berkaitan di kawasan kolam.

10. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar kolam. Dilarang membuang apa-apa benda termasuk cairan ke dalam kolam.

11. Pengguna dilarang membawa masuk sebarang jenis binatang ke kawasan kolam.

12. Pengguna dilarang mengguna atau mengalih peralatan menyelamat kecuali dengan kebenaran atau semasa kecemasan.

13. Pengguna digalakkan memakai ”goggles” semasa mandi.

14. Pengguna tidak digalakkan mandi semasa hujan lebat, guruh atau petir.

15. Pengguna yang tidak/kurang pandai berenang dinasihatkan tidak berenang berseorangan.

16. Pengguna hendaklah sentiasa mematuhi dan mengikuti semua arahan yang dikeluarkan oleh petugas atau penyelamat.

17. Perbadanan Putrajaya berhak menegur atau menasihati mana-mana pengguna yang melanggar peraturan yang ditetapkan dan mengarahkan pengguna yang tidak mematuhi peraturan supaya meninggalkan kawasan kolam renang serta merta.

18. Perbadanan Putrajaya berhak membatal, meminda atau menambah mana-mana peraturan penggunaan kawasan kolam renang dari masa ke semasa.

19. Perbadanan Putrajaya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kecederaan, kemalangan atau kematian pengguna sebelum, semasa dan selepas menggunakan kolam renang ini.

20. Tempahan berkumpulan pula tertakluk kepada peraturan tambahan seperti berikut:

a. Kelulusan tempahan bergantung kepada pembayaran penuh sebelum guna dan pematuhan syarat penggunaan seperti di atas.

b. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh guna secara bertulis atau dengan menggunakan borang yang disediakan.

c. Tempahan dari agensi kerajaan boleh dibuat dengan menggunakan surat rasmi atau pesanan tempatan masing-masing.

d. Pembayaran bagi tempahan berkumpulan boleh dibuat di kaunter atau mana-mana tempat / kaedah bayaran yang diluluskan oleh Perbadanan Putrajaya. Resit Bayaran hendaklah ditunjukan sebagai bukti bayaran semasa hendak memasuki kawasan kolam renang.

e. Sebarang perubahan masa atau tarikh penggunaan hendaklah dibuat tidak kurang dari 3 hari sebelum tarikh guna asal.

f. Pembatalan disaat akhir tidak digalakkan.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...