Pilih Saya Sebagai Mentor Anda... Jom, dari Puncak menuju ke ANGKASA



Monday

Berapa Harga Oksigen?

Tahukah anda harga Oksigen di hospital??

RM10/­ltr..
Tahukah anda harga Nitrogen di hospital ?
RM3/­ltr..

Tahukah Anda bahwa dalam sehari manusia mnghisap;
2880 ltr Oksigen, &
11376 ltr Nitrogen ?

Jika hrs dihargai dgn ringgit, Oksigen & Nitrogen yg kita hirup, akn mncapai RM56,060/hari /manusia.

Kalau dikalikan sebulan RM56,060x 30hari = RM1,681,818/­org..
Org yg paling KAYA sekalipun tidak akan sanggup melunasi biaya nafas untuk hidupnya, apabila Allah SWT mnggunakan Rumus Niaga manusia.

Masihkah kita MALAS BERSYUKUR ?

Baru nafas saja, kita sudah mesti membayar RM1,681,818 / bulan, dan itu PERCUMA.

Maka, Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau Dustakan..

Sesungguhnya, Segala sesuatu adalah dari Allah SWT , dan kembali kepadaNya.

Semoga kita semua bahagian dari hamba2 yang bersyukur.. Amin

Sumber: Mohd Nazri Mohd Nor,Pensyarah Kolej MARA KKTM Petaling Jaya

Saturday

7 Gambar Perbualan Pengguna Basic H Yang Hebat

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun Pilihan Saya semestinya Basic H Shaklee. Ini adalah item wajib ada dalam bilik air dan sinki dapur rumah saya! :-)






19 daripada seribu kegunaan basic h yang saya mampu senaraikan :

• Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia.
• Mencuci dan membersih ikan, ayam, daging, makanan laut daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak).
• Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dan etc.
• Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dan etc.
• Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan.
• Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan etc.
• Mengasah pisau.
• Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan etc.
• Menghapuskan kutu di atas kepala.
• Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas.
• Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan etc.
• Demam panas (sebelum berjumpa doktor).
• Sakit gigi.
• Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit).
• Ulser dan mulut berbau.
• Penyubur tanaman dan penggembur tanah.
• Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan etc.


Bukan saya saja yang kata tauuuu...sila baca 7 gambar screenshot hasil perkongsian pengguna basic h di facebook sahabat saya hafsah (beliau minta rakan fb senaraikan apa kegunaan basic h!)









Hebat tak Basic H tu???
Untuk khidmat tempahan dan konsultasi produk secara PERCUMA sila hubungi saya, 


Basic H Shaklee 1001 Kegunaan

 Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate


Sekilas fakta: Tahukah anda..kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan .........tapi dengan BASIC H.. anda selamat Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda!  Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!





Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.


Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah

Dinding, tingkap dan cermin
Kaunter dapur, jubin dan lantai
Peralatan Dapur
Hiasan kayu
Periuk belanga



Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik

Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Periuk belanga
1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam

Tingkap dan cermin
1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Lantai
1 sudu besar + 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam




Selain itu, Basic H juga terkenal dengan keunikkannya yang Mesra Alam :
  1. Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  2. Mudah biorosot
  3. Tanpa fosfat
  4. Bungkusan yang boleh dikitar semula
  5. Tanpa bahan pewarna 
  6. Selamat untuk sistem septik dan pembetungan



Thursday

Kenapa Sistem Imun Ibu Mengandung Lemah?

Saya pernah mendapat soalan daripada seorang customer yg berbunyi :
Kak.. kenapa ye badan saya lemah je walaupun baru bangun tidur
Kak, macamana nak tingkatkan imun badan saya ni ye? saya hamil 5 minggu
Saya mengandung 4 bulan, bolehkah saya nak ambil set cantik shaklee?

Sebelum menjawab soalan-soalan ini, seharusnya saya perlu senyum dahulu :-) Q&A yang berkaitan dengan soalan-soalan di atas boleh saya simpulkan seperti di bawah :


Tahu tak kenapa sistem imun ibu mengandung lemah?

Kerana badan ingin membenarkan suatu 'ketumbuhan' baru dalam rahim.



Kenapa tidak digalakkan ambil makanan tambahan tinggi antioksida selain vitamin untuk keperluan ibu dan bayi?

Antioksida yang tinggi akan serang segala jenis 'ketumbuhan' di dalam badan termasuk janin. Janin di dalam rahim ibu dianggap sesuatu yang abnormal. Ia akan berusaha serang janin supaya menjadi normal kembali. Samada bayi dikandungkan gugur atau risiko untuk cacat tinggi.

Nota: jangan makan apa-apa suplemen yang pelik-pelik awal-awal mengandung.Jangan minta suplemen lain untuk cantik semasa hamil. Anda hanya meningkatkan risiko.


Jom kita baca apa kata doktor-doktor pakar.





 




Suplemen Shaklee khas untuk ibu mengandung:















Vita-Lea
  • iron untuk HB
  • Elakkan anemia & risiko kelahiran pramatang

B-Complex - Folic Acid + B12
  • khas untuk pembentukan saraf dan otak

Vitamin C
  • diperlukan utk meningkatkan penyerapan Iron, pembentukan tulang sihat.
  • Sistem imun ibu

Ostematrix – kalsium & Vitamin D
  • Membantu membina tulang dan gigi yang sihat

ESP – Protein
  • Untuk memberikan tenaga kepada ibu

Omega Guard – DHA & EPA (Pengambilan semasa trimester kedua dan ketiga)
  • Perkembangan otak bayi


Set mengandung Shaklee bukan saja melengkapi keperluan nutrien ibu-ibu hamil, tetapi juga bertindak sebagai pembekal nutrien semulajadi kepada ibu-ibu.



Untuk khidmat tempahan dan konsultasi produk secara PERCUMA sila hubungi saya, 




Iye Ke Set Mengandung Shaklee Bagus

Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda 4 testimoni daripada pengguna set mengandung shaklee. Semoga dapat membantu anda menilai samada set mengandung shaklee ini bagus ke bagus ;-)


Salam. selalu baca testimoni dari geng GBS ni. harini saya nak share pula testimoni dari saya. Saya start makan shaklee ni masa mengandungkan anak yang kedua. Masa mengandungkan anak yang pertama, alah saya memang teruk. sampai muntah2 yang kuning tu. memang pahit sungguh. Anak yang kedua ni saya kena juga, tapi tak lama, sebab kakak saya suruh try set trial EU Four Set tu (B-Com , Vita C, Vitalea & Ostematrix). Alhamdulillah kurang sikit Morning sickness. yang paling berbeza masa mengandung anak pertama dan kedua ni ialah masalah kebas2 di kaki. memang lansung tiada. Terima kasih pada kakak saya sebab kenalkan shaklee ni. ikutkan saya ni memang malas makan ubat. tapi bila dah ada kesan yang positif, Alhamdulillah saya tetap teruskan makan shaklee ni. Sekarang ni pon saya masih teruskan makan shaklee sebab memang sangat2 serasi dengan saya.

Nanti saya share testimoni tentang susu badan. sebab sampai sekarang saya masih fully bf kedua2 anak saya , yang sulung dah nak masuk 3 tahun dan kecil ni baru 3 bulan.

 




Pagi tadi pergi klinik buka buku mengandung..
Alhamdulillah..dalam sejarah mengandung..ni kali pertama HB cantek 12.5..dua kali mengandung sebelum ni HB antara 9-11 ja..

Dah la tak alami alahan langsung..pening sikit2 tu ada la masa awal2 aritu tapi sekarang memang dah sihat wal-afiat..makan memang berselera..(mengandung sebelum ni lepas bulan yang ke-4 baru ada selera makan)

Yang lagi best kandungan dah nak masuk 4 bulan tapi berat tak banyak beza pon dari sebelum mengandung (sebelum 44.5 ~ sekarang 44.7)
Wow best sangat..Nak tau apa rahsianya??

Of coz la Set Hamil Shaklee..
~ Vitalea
~ Vita-C
~ B-Complex
~ Ostematrix

  




[Testimonial Set Mengandung]

Ini pengalaman saya sendiri mengamalkan set mengandung sepanjang 4 bulan lebih ni...Apa bezanya pengalaman mengandung kali ni berbanding dengan yg first?
1.Berat badan saya naik dengan terkawal..dah 4 bulan lebih berat saya baru naik dalam 3.5kg..
2.Muka pon tak nampak kembang sangat...sampai mak mertua pon tegur semalam.."tak naik sangat ye mengandung kali ni" hehe..even saya naik lrt pon orang boleh buat xtau je sbb tak nampak saya mengandung (kesian jugala sbb kene berdiri).
3.Simpul mengkarung alhamdulillah tak pernah lagi datang menyinggah di kaki..sebelum ni almost every day sejak 5 bulan, wajib kene...saya tak minum susu lansung kali ni...memang bergantung 100% pada ostematrix.
4. Muka saya lebih berseri-seri, kata mereka nampak glowing..sampai ramai yg buat spekulasi, anak laki agaknya..tak pon mesti sbb minum ESP walaupon saya belum lagi amalkan ESP..(Plan masuk 6 bulan baru nak amalkan...)








dan ini perkongsian pendapat daripada pengguna shaklee kepada pengguna yang baru mengenali shaklee.
 




Untuk khidmat tempahan dan konsultasi produk secara PERCUMA sila hubungi saya,  

Wednesday

Shaklee Mahal ke Murah?


Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru Cina :-)   Pagi ini saya bersiaran daripada kampung, Kelantan. (Cuti kan, apa lagiiii, kita balik kampung la bawa anak-anak jalan-jalan :-D ) Seronok bila sesekali balik, dalam kepala mulalah senaraikan makanan apa yang nak dimakan selain daripada nak shopping apa. hehehe. Okay berbalik kepada soalan salah seorang customer saya (jam 6 pagi dia whatsapp saya ;-) ) dia bertanya : "sis wardah, SHAKLEE ni sebenarnya MAHAL ke MURAH?"



Jawapan ringkas dan padat yang boleh saya berikan adalah seperti di bawah :

Shaklee MAHAL jika..

1. Anda terlalu berkira untuk pelaburan kesihatan jangka panjang
2. Anda terlalu beralasan untuk membeli
3. Anda terlalu membandingkan dengan jenama lain di pasaran
4. Anda terlalu mahukan keberkesanan yang cepat tetapi murah
5. Tak kenal maka tak cinta




Shaklee MURAH jika.. 

1. Anda ambil kalkulator dan kira (harga bahagi bilangan biji) berapa RM-kah yang anda 'spent' dalam sehari.
2. Anda jatuh sakit dan mahukan penyembuhan alternatif selain ubat
3. Mahu melihat emak ayah suami dan anak-anak sentiasa sihat dan ceria
4. Mementingkan kesihatan dan kecantikan dari dalam
5. Mahukan produk yang stabil, jaminan mutu dan berkualiti
6. Mementingkan status halalnya,selamat,berkesan dan mesra alam.
7. Mahukan konsultansi yang berterusan, (sudah tentulah daripada saya, shaklee independent distributor yang bertauliah)


 




Untuk khidmat tempahan dan konsultasi produk secara PERCUMA sila hubungi saya, 


Monday

Cara Selamat Atasi Selsema dan Batuk Anak Bawah 2 Tahun

Mesti runsing, risau, kasihan melihat si manja yang belum pun berusia setahun atau belum habis tempoh pantang sudah terkena selsema bayi.

Saya akan kongsikan dengan anda semua petua selsema bayi ini agar sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan selsema bayi anda.
Sebenarnya, bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema, batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.




Bayi selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli difarmasi kerana mengandungi antihisamine (kesan mengantuk)


Apabila bayi selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut. Kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia.

Walaubagaimanapun ada beberapa petua yang boleh diambil untuk mengurangkan selsema dan batuk bayi.




Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun 


1. Berikan satu sudu madu dan air suam kepada bayi berusia 2 tahun dan ke atas. (Bagi anak yang berusia 1-2 tahun, berikan mereka madu dengan sukatan yang sedikit)
~ Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak





2. Campurkan sedikit Vikcs Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vikcs Baby Balsam boleh diserap ke dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru -paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi.
~ Vikcs Baby Balsam berpenutup berwarna pink botol berwarna biru - diperbuat dari tumbuh- tumbuhan sahaja






3. Buang kahak dalam paru-paru. Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam selepas bayi menyusu sahaja. Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam.
~ Kahaknya akan keluar melalui najis.




4. Ibu yang menyusukan bayi selsema boleh mengambil supplement tambahan yang dapat membantu meningkatkan antibodi bayi seperti, Nutriferon Shaklee, Vita-C, Vita-Lea dan Omega Guard



5. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. Lakukan sekerap mungkin

6. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas- ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.

7. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema

8. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak suka guna daun kaduk


9. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi


10. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema


11. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.

12. Jika bayi demam, Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi, celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut.




13. Sentiasa pantau suhu bayi dengan menggunakan termometer.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...